Skip to main content

SET LAUK PAUK

Price range: RM11.90 through RM16.00

SKU: LP Categories: ,

Description

SET LAUK-PAUK READY-TO-EAT – RASA RUMAH, SIAP DIMAKAN & MUDAH DI MANA SAHAJA!

Tak sempat masak tapi teringin lauk yang sedap, pekat dan rasa macam air tangan sendiri? Dengan Set Lauk-Pauk Ready-to-Eat ini, anda boleh menikmati hidangan lengkap hanya dalam beberapa minit — tanpa perlu menyiang, menumis atau menggoreng. Buka saja pek, panaskan atau makan terus, dan siap untuk dijamu di mana sahaja anda berada.

Set ini menampilkan 19 pilihan lauk-pauk kegemaran rakyat Malaysia, daripada yang pedas, berkuah, bergoreng, hingga lauk tradisi yang jarang dapat di luar. Semua dimasak menggunakan bahan segar, rempah asli & resepi rumah supaya rasa tetap padu seperti lauk masakan sendiri.

Kenapa Anda Perlu Cuba?


✔️ Ready-to-Eat – Tak perlu masak, cuma buka dan makan atau panaskan sekejap.
✔️ Rasa Macam Masakan Rumah – Rempah asli, bahan segar & resepi tradisi.
✔️ Mudah & Cepat – Sesuai untuk hari sibuk atau bila tiada masa memasak.
✔️ Simpan Suhu Bilik – Mudah dibawa ke mana-mana, tak perlu peti sejuk.
✔️ Portion Sesuai 2-3 orang – Kenyang, praktikal & value for money.
✔️ Kualiti Konsisten – Setiap pek dimasak dan dibungkus dengan standard kebersihan tinggi.

Sesuai Untuk Situasi Seperti:

  • Travel jauh atau overseas – Mudah bawa, halal & sedap.

  • Pelajar universiti/asrama – Tak perlu keluar beli makanan.

  • Camping / hiking / road trip – Praktikal & mengenyangkan.

  • Stok kecemasan rumah – Elok untuk musim hujan atau bila tiada bekalan makanan.

  • Pekerja sibuk – Nak makan cepat tapi sedap.

  • Ibu bekerja yang perlukan lauk segera untuk hidangan keluarga.

Cara Guna Mudah:

  1. Buka pek lauk.

  2. Panaskan mengikut pilihan anda:

    • Microwave 1 minit atau

    • Rendam pek dalam air panas 3–8 minit atau

    • Panaskan dalam periuk.

  3. Hidangkan bersama nasi panas, roti atau dimakan begitu sahaja.

  4. Siap — lauk padu, rasa rumah, tanpa perlu masak!