Description
NASI BRIYANI BERLAUK DENGAN PEMANAS – AROMA MEWAH, PANAS & SIAP DIMAKAN DI MANA SAHAJA!
Nikmati keistimewaan nasi briyani yang wangi, berempah dan penuh rasa — tanpa perlu memasak langsung!
Dengan Nasi Briyani Berlauk Ready-to-Eat lengkap dengan pemanas (self-heating pack), anda boleh menikmati hidangan briyani panas-panas di mana sahaja, walaupun tiada dapur, gas atau elektrik.
Dimasak menggunakan rempah premium, nasi panjang basmati style, dan lauk berkuah pekat, setiap hidangan memberikan rasa autentik briyani yang mewah dan memuaskan.
Tambah air biasa → tunggu → dan hidangan briyani panas terus siap!
Kenapa Anda Patut Cuba?
✔️ Dengan Pemanas Sendiri (Self-Heating Pack) – Tanpa dapur atau elektrik.
✔️ Nasi Basmati Style Beraroma – Rempah briyani premium, wangi & lembut.
✔️ 9 Pilihan Lauk Padu – Kari, kurma, sambal, blackpepper & goreng berempah.
✔️ Senang Dibawa – Sesuai untuk travel jauh, hiking & asrama.
✔️ Hidangan Mengenyangkan – Portion lengkap untuk 1 orang.
✔️ Siap Dalam 10–15 Minit – Tambah air → tunggu → makan panas-panas.
Sesuai Untuk Situasi Seperti:
-
Travel luar negara (mudah dapat makanan halal)
-
Camping / hiking / road trip
-
Pelajar kolej / universiti / asrama
-
Stok kecemasan dirumah
-
Pekerja sibuk di office dan emergency food di rumah
-
Makan panas bila-bila masa
Cara Guna Mudah:
-
Buka pek & keluarkan set briyani.
-
Letakkan nasi + lauk ke dalam tray putih.
-
Buka pemanas dan isi air biasa mengikut paras ditanda dibahagian bawah bekas.
-
Tunggu 10–15 minit untuk proses pemanasan.
-
Siap! Hidangan briyani panas, wangi & pekat terus boleh dinikmati.




























